3 CARA MUDAH DAN CEPAT MEMBUAT AIR DETOKS UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT

Tak kira walau dengan sesiapa pun yang kita tanya mereka mesti cakap benda yang PERTAMA sekali kena jaga ialah KARBOHIDRAT. Karbohidrat menjadi faktor utama yang menyebabkan perut kita menjadi buncit. 

Macam mana kita boleh buncit sebab karbohidrat? Sebab kita tidak gunakan tenaga yang dihasilkan melalui karbohidrat. Tenaga yang dihasilkan oleh karbohidrat adalah dalam bentuk glikogen. Tenaga bagus bila kita gunakan dengan baik tapi malangnya rata-rata yang mengambil karbohidrat tidak sedar bahawa itu lah antara PUNCA KEGEMUKAN mereka. 

Selain dari pengambilan karbohidrat, cuba tanya diri kita dengan jujur. Pernahkah anda buang toksin dalam badan dengan proses detoks? Kalau tak pernah, maknanya kita tak perasan yang usus kita tak pernah dicuci. Bila usus tak dicuci dengan baik, nutrien-nutrien dari makanan yang kita makan. Makan tu tiada masalah tapi bermasalah bila kita tak detoks badan kita. Usus tak dicuci boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. 

Jadi, saya nak berkongsi dengan anda 3 cara mudah membuat air detoks untuk hilangkan perut buncit. Serius caranya sangat mudah cuma kita tak tahu cara membuatnya. 


CARA MEMBUAT AIR DETOKS 1 


1. Hiris 1/2 Lemon dan masukkan dalam air sejuk 1 liter.
2. Rendam dan letakkan dalam peti semalaman. 
3. Bangun pagi boleh buka peti dan terus minum air detoks lemon. 


CARA MEMBUAT AIR DETOKS 2


1. Ambil 1-2 hiris timun dan 1/2 lemon yang dihiris.
2. Masukkan ke dalam 1 liter air. 
3. Letakkan dalam peti dan rendam semalaman. 
4. Bangun pagi boleh minum terus.
air detoks ini juga boleh diminum sebelum bersenam untuk tingkatkan metabolisma badan.


CARA MEMBUAT AIR DETOKS 3 



1. Campurkan 1 sudu teh cuka epal organik, 1 sudu teh jus lemon, 1 sudu teh madu di dalam 1 cawan air. 
2. Rendamkan dalam masa 15 minit.
3. Minum setiap kali sebelum makan dalam sehari. 

Air boleh mengekalkan badan anda dalam keadaan hidrat sementara cuka epal bertindak untuk meningkatkan metabolisma badan anda. 


Dah dapat 3 cara mudah membuat air detoks untuk kurus? Selamat mencuba. In shaa Allah anda akan rasai perubahan pada diri anda selepas mengamalkan air detoks ini.