Zaman sekarang macam-macam jenis makanan muncul tambah-tambah yang jenis hipster. Kita sering tergoda nak makan semuanya tapi dalam masa yang sama kita nak maintain kurus dan tak nak berat naik.
Susah kan nak turun berat?
Selama ni perhatikan tak masa kita diet berlapar tak makan nasi, makan sikit-sikit sahaja tapi hasilnya tetap sama. berat tak turun pun. macam seksa diri pula kan?
Hari ni saya nak share dengan awak 7 Sebab Kenapa Berat Badan Tak Turun.
1. ANDA TAK MINUM AIR YANG MENCUKUPI
Badan kita memerlukan air yang cukup untuk terus kekal dalam keadaan hidrat. Dehidrasi yang berpunca dari kurang minum air akan menyebabkan badan kita rasa lemah dan penat yang luar biasa walaupun kita sudah makan. Mengikut kajian, air yang mencukupi untuk badan kita dapat membantu proses kita menurunkan berat badan.
Jadi, jangan ambil remeh pasal minum air. Kita harus tahu bahawa setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Itulah salah satu sebab kenapa disarankan minum air 2-3 liter sehari. Musim el-nino minum lebih ya sebab kita perlu kekal dalam keadaan hidrat kecuali semasa bulan puasa kita mesti tahan sahaja.
2. SENTIASA ABAIKAN SARAPAN PAGI
Asal diet, mesti kita ingat makan 2 kali sehari pada waktu tengahari dan malam dah mencukupi kan? Menurut kajian dari The National Weight Control Registry (2003), orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk mengambil kalori yang lebih rendah, kurang lemak tepu, dan kolesterol dan mempunyai status pemakanan yang lebih baik berbanding orang yang mengabaikan sarapan pagi.
Jadi, kalau nak turunkan berat badan, pastikan anda sarapan pagi ya. Jangan ambil remeh kalau nak kuruskan badan.
3. ANDA TIDAK CUKUP TIDUR
Zaman sekarang nak bersenam siang hari tak sempat. Jadi, kita lebih cenderung untuk bersenam di waktu malam. Ini bermakna kita akan mengganggu juga waktu rehat dan tidur anda. Kita juga perlukan tenaga lebih untuk melakukan senaman rutin harian dan menganggu waktu waktu tidur boleh menyebabkan badan anda tak dapat mengawal nafsu makan dengan baik.
Jadi, pastikan kita cukup tidur ya. Terlebih tidur pun tak bagus juga.
4. ANDA TIDAK MAKAN DAHULU SEBELUM BERSENAM
Kalau kita selalu bersenam tanpa makan terlebih dahulu, kita perlu mempertimbangkan semula perkara ini. Kajian mengatakan bahawa apabila kita bersenam tanpa makan terlebih dahulu, kalori yang dibakar adalah daripada otot bukannya lemak. Apabila otot lebih banyak membakar kalori daripada lemak, maka lebih banyak otot yang dibina, lebih bagus ianya untuk menurunkan berat badan.
Makan dahulu sebelum bersenam bukan sahaja dapat mengelakkan kita daripada kehilangan otot, tapi dapat membekalkan tenaga lebih untuk kita bersenam lebih banyak lagi.
Jadi, sebelum nak bersenam tu, makan seelok-eloknya 1-2 jam sebelum bersenam. Jangan 5 minit sebelum bersenam baru nak makan ya. Ianya boleh membuatkan kita rasa nak muntah semasa bersenam.
5. ANDA DIET TAPI TAK KOMITED DENGAN PLAN DIET
Walau siapa pun kita, kalau kita buat secara acuh tak acuh sahaja dan kita jangkakan hasilnya sangat baik. Itu tanggapan yang salah sebab kita tak buat dengan terbaik, jangan kita jangkakan hasil terbaik. Kita rancang diet dan juga senaman, maka kita perlu teruskan buat dengan sepenuh hati. Dengan ini, kita boleh rasakan hasil terbaik daripada komitmen yang kita berikan untuk turunkan berat badan.
Jadi, kalau kita nak turunkan berat badan atau kurus, kita mesti plan dan buat sepenuh hati. Pekakkan telinga pada kata-kata sumbang orang lain dan jalan terus menuju kejayaan.
6. RAKAN/PASANGAN ANDA TIDAK SEIRINGAN USAHANYA DENGAN ANDA
Rakan/pasangan yang ingin menurunkan berat badan yang seiringan usahanya dengan kita boleh menjadi pembantu terbaik kita dalam menurunkan berat badan. Tapi, kalau usaha pasangan anda tidak seiringan, ianya boleh membuatkan anda makin gemuk bukannya ke arah penurunan berat badan. Contohnya, pasangan anda sering order nasi apabila kalian sedang melakukan diet atkins yang mana anda mengawal pengambilan karbohidrat semasa berdiet. Jangan jangkakan anda akan dapat turun berat badan jika pasangan anda bersikap begini.
Komunikasi antara pasangan yang ingin menurunkan berat badan adalah sangat penting. Jangan ingat kita nak dah ada plan diet bersama, bila tiba masanya nak buat salah seorang asyik terbabas dari matlamat utama plan diet yang dibuat.
7. ANDA MAKAN SAMBIL MEMBUAT BENDA LAIN
Selaraskan masa makan kita dan fokus pada makanan sewaktu makan adalah sangat penting dalam usaha menurunkan berat badan. Zaman sekarang saya faham ramai sangat yang sibuk sampai waktu makan dan waktu kerja disekalikan.
Kita mungkin tidak perasan apabila kita makan sambil buat kerja, kita cenderung untuk makan lebih banyak dan mengambil masa lebih lambat untuk menyiapkan sesuatu kerja berbanding kita tetapkan waktu makan dan waktu kerja berasingan.
Jika kita fokus makan pada waktu makan yang kita tetapkan, kita akan lebih cenderung untuk makan lebih kurang berbanding kita makan sambil buat kerja.
Fokus satu per satu. Jangan kita tamak untuk melakukan kedua-duanya sekali pada satu masa yang sama dalam usaha menurunkan berat badan.
Inilah 7 Sebab Kenapa Berat Badan Tak Turun yang kita perlu tahu dan perbetulkan di mana silapnya sewaktu kita berusaha menurunkan berat badan.
Semoga posting ini bermanfaat untuk anda.
Silakan share jika anda ingin berkongsi ilmu ini dengan sahabat-sahabat anda di luar sana.